Friday, March 28, 2008


SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN YAACOB LATIF
Tapak yang dahulu merupakan sebuah bekas lombong bijih timah,kini bertukar wajah. Di atasnya berdiri sebuah sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsan Yaacob Latif. Terletak di Lorong Peel lebih kurang 6 Kilometer dari Pusat Bandar Kuala Lumpur. Keluasannya lebih kurang 2.63 hektar. Kira-kira 40 tahun dahulu, kawasan ini dikenali sebagai kawasan hitam.semasa pemerintahan British kawasan ini dinamai sebagai kawasan haram.
Dahulu sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah La Salle, sempena memperingati seorang mubaligh kristian iaitu Brother St. John Baptist De La Salle. Sekolah ini diasaskan oleh Brother Lawrence Spitzig, Pengetua St. John Institution dengan bantuan En. Ho Ying Chue, seorang guru di St. Jon Institution dan En. Lee Thean Onn, seorang komprado di Bank Hong Kong dan Shanghai. Sekolah ini dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz iaitu Raja Muda Selangor pada masa itu.
Sekolah ini dibina untuk menampung lebihan pelajar di St. John Institution. Selepas 28 tahun dikenali sebagai Sekolah Menengah La Salle, namanya telah ditukar kepada Sekolah Menengah Yaacob Latif setelah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Nama Yaacob Latif dipilih sempena menperingati jasa Datuk Bandar Kuala Lumpur Kedua iaitu Tan Sri Yaacob Laitf. Pada tahun 1997, Sekolah Menengah Yaacob Latif sekali lagi bertukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Yaacob Latif.Ikrar sekolah
bahawasanya kami, pelajar smkyl berikrar dan berjanji akan belajar bersungguh sungguh, menghormati guru-guru dan warga sekolah, menjaga nama baik dan martabat sekolah serta menjadi manusia yg berguna kepada agama, bangsa & negara.

Lagu Sekolah
Bertekad serta berjanji, Menjadi insan berguna, Untuk bangsa serta Negara, Kejayaan matlamat kita.
Harapan ayah dan bonda, Amalan rajin berusaha, Itu amalan kami semua, Di SMK Yaacob Latif.
Bagi mencapai wawasan, Melahirkan generasi baru, Ayuh berganding bahu, Menuju mercu jaya.
Kamilah warga setia, Di SMK Yaacob Latif, Menjulang tinggi, Nama Sekolah Kami.Yeah!!